Kursus E-Usahawan Bersama Pelath Giatmara Mambong Sesi 2 2018

20 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2018, Pusat Internet telah bekerjasama dengan Institusi Giat Mara Mambong untuk memberi Kursus e-Usahawan Sesi yang ke 2 untuk tahun 2018 kepada Pelajar Kos Teknologi Automotif dan Pelajar Fashion and Dressmaking. Kursus ini dikendalikan oleh pihak KOBIS ( Koperasi Belia Inovatif Sarawak) iaitu Cik Siti Hudzimah Binti Bujang (Trainer code PG029). Terdapat seramai 29 orang peserta dalam lingkungan 18 tahun hingga 48 tahun menyertai kursus ini. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan asas perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai e-Usahawan, sejarah dan asal usul usahawan dan sebagainya.

Selain itu, pelajar juga dibantu untuk membuat dan mengatur “Facebook for Busines”, “Instagrams for Business” , “Whatssaps for Business”, “Copywritting” dan “Basic Graphic Design” khas untuk perniagaan dalam talian. Pada sesi ini pula peserta diperkenalkan dengan penggunaan “online banking” dalam proses perniagaan dalam talian. Selain itu, penyelia dari Pusat Internet juga memperkenalkan Pusat Internet dan fungsinya kepada peserta. Seterusnya program diteruskan dengan memperkenalkan website “Sarawak Product Taste Of Borneo” kepada para peserta untuk mengetahui serba sedikit tentang website tersebut.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Peserta secara berpasangan membuat dan mengatur “Facebook Pages,Whatssap dan Instagram memandangkan PC di bilik latihan tidak mencukupi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali