Jemputan Kerjasama Hari Terbuka Pusat Internet Kg. Taee 2018

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah dijemput untuk menjalinkan kerjasama dengan Pusat Internet Kg. Taee dan Pusat Internet lain untuk melaksanakan Program Hari Terbuka Pusat Internet Kg. Taee 2018. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan Pusat Internet sebagai Hub pembelajaran dan keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran ICT dan sosioekonomi penduduk sekitar dengan menyediakan latihan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penyelia Pusat Internet dengan komuniti melalui aktiviti dan pertandingan yang disediakan seperti Be an Internet Awesome Challenge, pop up card dan sebagainya. Pada masa sama, Ceramah dan pameran dadah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan serian juga dibuat untuk kesedaran tentang keburukan pengambilan dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Turut diberi slot adalah ceramah dari wakil Ar Rahnu Yapiem Kota Samarahan untuk memberi taklimat berkaitan kaedah cucian emas dan prosedur pajak gadai. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah, sekaligus gimik penangguhan Hari Terbuka Pusat Internet Kg. Taee oleh Ketua Kaum Kg. Taee yang turut disertai oleh tetamu kehormat termasuklah Pemanca bahagian serian, Pengetua SMK Taee dan ketua kampung dari kampung sekitar.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali