e-learning (Creative Deco)

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Untuk memeriahkan suasana Pusat Internet sempena perayaan Gawai & Raya yang akan datang tidak lama lagi, Pusat Internet PPR Batu Gong telah membuat kelas khas untuk membuat dekorasi melalui pembelajaran e-learning yang mana peserta dibawa untuk mengakses ke laman web youtube untuk mempelajari dekorasi pembuatan ketupat raya menggunakan ribbon. Selain ketupat raya, peserta juga mempelajar cara pembuatan perisai iban atau terabai dalam bahasa iban.

Kelas ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu slot mempelajari teknik pembuatan terabai menggunakan kad polesterin dan pembuatan ketupat raya menggunakan ribon. Manakala slot kedua dikhaskan untuk mengaplikasi teknik pembuatan itu untuk menghasilkan objek sebenar. Seramai, 6 orang peserta telah mengikuti kelas ini yang berumur dari 12 hingga 17 tahun. Mereka kebanyakannya adalah belia dari PPR Batu Gong.

Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas adalah;

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali