Bengkel Pengenalan Asas Laman Web Dalam Perniagaan (Wixsite.Com) Dan Asas Teknik Fotografi Produk (Diy Light Box)

14 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk melaksanakan kursus Bengkel Pengenalan Asas Laman Web dalam Perniagaan (Wixsite.Com) dan Asas Tekni Fotografi Produk (DIY Light Box) untuk pelatih siri 2.2019 Giatmara Mambong untuk kali ke-3. Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan peserta dengan asas perniagaan secara dalam talian yang memfokuskan kepada penggunaan laman web sebagai platform pemasaran serta asas teknik fotografi dalam pengambilan gambar produk. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelatih Jurusan Fashion & Design Sesi 2.2019 telah menghadiri bengkel pada kali ini.

Pada kali ini, peserta dikongsi dengan cara pembuatan laman web untuk digunakan sebagai platform pemasaran dalam perniagaan untuk memasarkan dengan lebih luas lagi produk tersebut selain menggunakan media sosial.Para peserta di praktikan cara penggunaan laman web yang di sediakan untuk lebih paham cara mengolahnya dan cara menggunakan dan mengisi dalaman laman web tersebut. Dalam masa sama, peserta dibawa untuk menghasilkan laman web produk sendiri yang unik dan menarik. Untuk acara kemuncak, peserta didedahkan dengan kaedah asas teknik fotografi dalam pengambilan gambar produk dengan cara yang betul.Para pelatih didedahkan cara teknik pengambilan gambar produk dengan kreatif dan lebih nyata untuk di masukkan ke dalam laman web ataupun laman media sosial.Peserta diberikan masa untuk mencuba dan mengambil gambar produk sendiri menggunakan DIY Light Box tersebut dengan kreativiti tersendiri. Untuk sesi perkongsian pula, peserta didedahkan mengenai penggunaan Sarawak ID dan memberikan cara-cara untuk mendaftar. Tidak lupa juga, peserta yang hadir telah didedahkan dengan taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada Siber Grooming,Sexting dan Perkongsian Melampau serta Maklumat Palsu.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali