E-Learning Menggunakan Portal E-Kelas

18 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 February 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi membuka peluang kepada adik-adik yang sudah mendaftar sebagai penggunan Portal e-Kelas untuk menggunakan portal tersebut dengan tujuan mengulangkaji bab-bab untuk matapelajaran Matematik, Sains dan Inggeris secara dalam talian. Terdapat empat orang pelajar sekolah menengah telah berjaya mengikuti aktiviti e-learning ini.

Di akhir aktiviti, peserta diharapkan dapat menambah input baru untuk pemahaman terhadap sesuatu bab hasil daripada ulangkaji melalui slaid interaktif, video penerangan secara dalam talian yang diterangkan oleh cikgu-cikgu yang terlibat. Selain itu, peserta juga dapat mengukur pemahaman berkaitan subjek melalui kuiz yang disediakan di setiap bab untuk tingkatan 2 dan 3.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali