Taklimat Advokasi KDB & E-Waste Di SMK Kota Samarahan

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2019, Pusat Internet PPR Batu gong beserta Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi dan Pusat Internet Kg. Telaga Air telah mengadakan taklimat advokasi klik dengan bijak dan e-sisa bertempat di SMK Kota Samarahan, Sarawak. Taklimat ini telah disertai seramai 350 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 serta 7 orang guru pengiring. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang Klik Dengan Bijak semasa melayari internet dan Keselamatan Internet semasa menggunakan Internet.

Peserta dinasihatkan agar melindungi data pribadi sendiri tanpa sewenang -wenangnya memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan saluran yang betul untuk mendapatkan bantuan jika dibuli secara dalam talian. Selain daripada itu, peserta juga dikongsikan dengan kempen kesedaran e-sisa yang mana menekankan kepada peserta tentang kepentingan untuk mengitar semula sisa elektronik yang telah rosak. Dalam masa sama, penerangan berkaitan pengenalan pusat internet dan fungsinya turut dilakukan selain memberitahu kepada umum berkaitan peralihan siaran TV Analog ke TV Digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali