Taklimat Pengenalan PI & E-Waste Sempena Majlis Perasmian KRT PPR Batu Gong

10 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2019, Pusat Internet PPR Batu gong telah mengambil inisiatif untuk mengadakan taklimat sempena Majlis Perasmian Kawasan Rukun Tetangga PPR Batu Gong. Tujuan utama taklimat diadakan adalah untuk memperkenalkan lagi Pusat Internet PPR Batu Gong kepada penduduk sekitar khususnya ketua masyarakat di sekitar pekan siburan. Taklimat ini telah disertai seramai 150 orang awam yang datang untuk memeriahkan majlis. Selain itu, taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan kepada penduduk tentang keberadaan Pusat Internet dan fungsinya kepada masyarakat.

Sehubungan itu, penyelia juga turut menyampaikan kempen kesedaran e-sisa dan mengedarkan flyers myFreeview untuk memaklumkan kepada pengguna berkaitan penamatan siaran TV analog. Selain daripada itu, penyelia juga mengambil kesempatan ini untuk megumpul sisa elektronik penduduk khusunya di PPR Batu gong serta membuat kaunter untuk pendaftaran ahli Pusat Internet yang baru. Turut hadir pada Majlis tersebut adalah Yang Berhormat Datuk Dr. Jerip Anak Susil, merangkap ahli Dewan Undangan Negeri N.19 Mambong, pegawai dari Housing Development Corporation (HDC), pegawai KRT bahagian serian, pemanca, ketua kaum dari kawasan siburan dan penduduk PPR secara am nya.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali