Aktiviti Mengarang Cerita Pendek Sempena Hari Sarawak

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan satu aktiviti untuk menyemarakkan lagi sambutan hari Sarawak 2019 hingga ke peringkat akar umbi. Aktiviti yang dibuat adalah pertandingan mengarang cerita pendek yang berkisar tentang sarawak bumi kenyalang. Peserta diberikan masa selama satu jam setengah untuk menyiapkan karangan dengan limitasi tidak melebihi 100 patah perkataan. Seramai enam (6) orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah rendah telah berjaya melibatkan diri dalam pertandingan ini. Di awal kelas, peserta dibawa dalam perbincangan tentang kehidupan di sarawak yang mempunyai latar belakang sejarah, budaya dan lokasi yang menarik bagi memberi sedikit sebanyak idea untuk pengisian karangan. Seterusnya, peserta diarahkan untuk mengarang cerita pendek sempena hari sarawak dengan menggunakan Miscrosoft Word.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah;

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali