Aktiviti Advokasi & Klik Dengan Bijak

23 April 2019 | Aktiviti Terkini

Isnin, 22 April 2019 Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi telah mengadakan satu aktiviti kesedaran awam mengenai "Klik Dengan Bijak" bersama belia di sekitar PPR Batu yang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif yang dilakukan secara berterusan dan terbaru demi untuk memperingatkan pengguna untuk sentiasa berwaspada semasa melayari internet.

Pada kali ini, peserta didedahkan dengan cara untuk menilai sesuatu sumber yang terdapat di internet dengan menggunakan konsep 5 Jari atau A.A.C.C.O iaitu kesahihan, ketepatan, semasa, liputan dan objektif. Selain itu, untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet, peserta juga didedahkan dengan cara untuk mengenalpasti dan menganalisis domain URL yang mereka layari agar mereka mampu menjadi pengguna yang perihatin dan bijak semasa melayari sumber yang terdapat di internet.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah;

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali