Kelas E-Learning (Online Shop for Beginer)

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 24 November 2019, Pusat internet PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu Online Shop for beginer bersama belia sekitar PPR Batu Gong. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas tersebut. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan belia dengan penggunaan aplikasi Shopee & Lazada untuk membuat penjualan dan pembelian secara online. Dalam kelas ini para peserta telah diajar cara membuka akaun baru atau akaun yang sedia ada menggunakan destop PC dan mencari barangan yang dikehendaki menggunakan fungsi carian dan filter.

Selain itu, para peserta juga telah diajar cara membuat pembayaran secara online iaitu menggunakan platform e-commerce seperti Maybank2u dan Cimbclik. Sehubungan dengan itu, para peserta juga telah diajar cara melihat sejarah pembelian, maklum balas pembeli terdahulu, penarafan (rating) penjual untuk memastikan maklumat berkaitan adalah sahih dan cara menyemak maklumat penghantaran. Di akhir kelas, para peserta juga ditunjukkan cara menghubungi pihak penjual sekiranya terdapat sebarang permasalahan terhadap barang yang mereka beli. Melalui kelas ini, para peserta telah dibantu dalam cara menggunakan aplikasi online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali