Kelas E-Learning (Tapir Hero)

11 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah bekerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Siburan Batu untuk menyediakan platform capaian internet kepada peserta untuk menduduki ujian (Digital Competency Score) di Pusat Internet. Tujuan utama pelaksanaan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan pembelajaran secara digital dengan memfokuskan kepada kombinasi pembelajaran secara digital selari dengan revolusi digital 4.0 kepada peserta khusunya pelajar sekolah rendah.

Peserta didedahkan dengan laman web rasmi pembelajaran berasaskan permainan Tapir Hero di url: dsc.moe.edu.my dan seterusnya dibawa untuk mendaftar akaun seperti yang disediakan oleh pihak sekolah. Seterusnya, peserta dikehendaki untuk menjawab soalan di permainan tersebut yang merupakan kombinasi antara matapelajaran matematik, sains angkasa, pemikiran luar kotak, komponen dan fungsi komputer serta etika, hak dan tanggungjawab peserta sebagai warga digital bagi memaksimumkan privasi semasa dalam talian. Setelah menjawab semua soalan, sistem akan mengira kecekapan digital setiap peseta dan sijil pengiktirafan juga disediakan berasaskan bagde yang diperolehi. Peserta juga dikehendaki mendaftarkan diri di laman web #mydigitalmakerHERO untuk mendapatkan badge yang diiktiraf oleh MDEC dan KPM.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali