Perkongsian Klik dengan Bijak (Maklumat Palsu)

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 December 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian Klik dengan Bijak (Maklumat Palsu) menggunakan aplikasi broadcast Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 30 minit. Objektif Aktiviti adalah untuk berkongsi kepada komuniti terutamanya kepada rakan-rakan FB PIK PPR Batu Gong berkaitan dengan Maklumat palsu. Antara penekanan yang diberikan adalah ciri - ciri untuk mengenal pasti maklumat palsu, contoh maklumat palsu yang terdapat di internet, inisiatif kerajaan untuk menangani kes Penularan Maklumat palsu dan kaedah untuk mengenalpasti sesuatu maklumat sebelum mempercayai dan berkongsi dengan orang lain. Di awal aktiviti, peserta dibawa untuk menonton klip pendek berkaitan tajuk dan penyelia memberikan sedikit penerangan berkaitan klip tersebut. Aktiviti perkongsian ini telah mendapat 46 reach post, 11 engagement, 21 jumlah tontonan serta 10 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri kelas:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali