Kelas Bimbingan Kerjaya

3 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 02 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas bimbingan kerjaya yang bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang bertempat di Pusat Internet PPR Batu Gong. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk membantu para belia dan masyarakat di sekitar siburan untuk bergerak ke arah pembangunan dengan meningkatkan kemahiran dan pekerjaan dan menggerakkan komuniti. Pada kali ini, peserta ingin memohon jawatan di Lembaga Lada Malaysia.

Peserta dibawa terus untuk memasuki portal pencari kerja Lembaga Lada Malaysia. Peserta diminta untuk mengemaskini data yang terdapat di laman tersebut dengan memasukkan gambar berukuran passport terbaharu, sijil kemahiran yang terkini serta pengalaman kerja terkini. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk mengemaskini resume terlebih dahulu sebelum memuatnaik resume berkenaan ke dalam portal. Dalam masa sama, penyelia menasihatkan peserta untuk memohon jawatan yang sesuai dengan tahap pendidikan dan kemahiran yang dicapai bagi meningkatkan peluang untuk disenarai pendek untuk dipanggil ke temu duga. Akhir sekali, peserta dikongsi dengan cara yang sesuai untuk menulis perihal berkaitan pengalaman kerja dengan memilih ayat yang sesuai dan menarik.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali