Kelas Perkongsian Menghasilkan form menggunakan Google Form

2 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Perkongsian Menghasilkan form menggunakan Google Form secara live melalui Facebook Pages PIK menggunakan aplikasi broadcast Streamyard. Kelas berlansung selama hampir 30 minit. Objektif Kelas adalah untuk berkongsi kepada semua yang mengikuti siaran lansung berkaitan cara-cara menghasilkan form menggunakan Google Forms. Antara penekanan yang diberikan adalah membuat soalan survey dengan kepelbagaian pilihan jawapan yang disediakan di google form seperti short answer, paragraph, multiple choice,dan file upload.

Selain itu, peserta kelas juga dibawa untuk belajar memasukkan gambar, video dan section ke dalam google forms. Akhir sekali, peserta dikongsikan dengan button customize theme untuk menukar tulisan, tema dan gambar header agar soalan survei nampak menarik. Untuk aktiviti selingan, peserta dibawa untuk melihat response yang diterima dari orang yang mengambil bahagian dalam menjawab survei tersebut melalui link yang dikongsi kepada mereka. Kelas ini telah mendapat 31 reach, 20 engagement dan 21 jumlah view.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali