Aktiviti Perkongsian Advokasi Online Grooming & Sexting

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa 13 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Aktiviti Perkongsian Advokasi yang bertajuk Online Grooming dan Sexting secara dalam Talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Aktiviti berlansung selama 1 jam yang bermula pada pukul 3:00 petang hingga 4:00 petang. Objektif aktiviti adalah untuk memberi kesedaran yang berterusan kepada ibu bapa serta penjaga kepada kanak-kanak agar sentiasa peka untuk memantau penggunaan gadget dan teknologi supaya kanak-kanak dapat dihindari daripada terjebak dan seterusnya menjadi mangsa kepada aktiviti tidak bermoral di platform media sosial. Antara perkongsian yang diberikan adalah memberi pendahuluan berkaitan tajuk, penerangan kronologi @ proses kejadian, panduan kepada ibu bapa dan tips pencegahan. Selain itu, peserta juga diajak untuk menonton klip pendek yang berkaitan bagi mengukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti ini telah mendapat 15 reach post, 7 engagement, 15 jumlah tontonan serta 9 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali