Tutorial Asas Video Editing Menggunakan Wondershare Filmora X

26 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa 25 May 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas Perkongsian Tutorial Asas Video Editing Menggunakan Wondershare Filmora secara dalam Talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Kelas berlansung selama satu (1) jam yang bermula pada pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang. Objektif kelas adalah untuk berkongsi kepada komuniti khususnya kepada para warga PIK PPR Batu Gong berkaitan dengan penghasilan video kreatif menggunakan perisian Wondershare Filmora X. Antara pengisian kelas adalah seperti pendedahan kepada laman web rasmi wondershare.com untuk mendapatkan perisian Filmora X, pengunaan elemen seperti media, audio, tittle, transition, effect dan elemen emoji dalam penghasilan video. Seterusnya, peserta diajak untuk menerokai perisian Filmora X dengan menghasilkan satu video menarik. Pada akhir kelas, peserta dibawa untuk mengeksport hasil kerja tersebut dalam bentuk MP4 untuk dimuatnaik ke laman penyedia perkhidmatan seperti Facebook, Instagra, Tiktok dan Youtube. Kelas ini telah mendapat 4 reach post, 4 engagement, 4 jumlah tontonan serta 4 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali