Program Keusahawanan ( Tutorial Mendaftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin SPPP)

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan Program Keusahawanan iaitu Tutorial Mendaftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin SPPP secara percuma. Skim ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Syaikat Malaysia (SSM) dalam usaha membantu komuniti perniagaan untuk mendaftar perniagaan dengan SSM Secara Percuma kepada golongan sasar seperti Belia Kategori B40, Kategori Ibu Tunggal B40 dan Kategori Pelajar. Skim ini merupakan kesinambungan daripada Program 1 Student 1 Business (1S1P) pada tahun 2017 dan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P). Program ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Streamyard yang disiarkan secara lansung di Facebook Pages PIK PPR Batu Gong. Program berlansung selama satu (1) jam. Objektif program adalah untuk berkongsi peluang dan inisiatif kerajaan bagi membantu para usahawan yang belum mendaftar perniagaan mereka bersama SSM. Selain itu, penyelia turut berkongsi cara-cara untuk membuat permohonan Skim tersebut. Program ini telah mendapat 51 reach post, 11 engagement, 24 jumlah tontonan serta 12 orang peserta yang mengisi borang kehadiran aktiviti melalui google form.

Berikut merupakan kelebihan/kebaikan menghadiri program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali