Pengenalan Kepada Facebook Page

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad 09 May 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong telah mengadakan kelas perkongsian pengenalan kepada facebook page secara individu kepada salah satu usahawan dibawah bimbingan PIK. Kelas berlansung selama sejam dari pukul 14:00 petang hingga 15:00 petang. Objektif kelas adalah untuk membantu usahawan tersebut membuat satu Facebook Page untuk kegunaan komersial dimana beliau dapat memuat naik pelbagai produk jualannya ke dalam page tersebut. Dalam kelas, peserta dikongsi dengan cara mebuat facebook page dengan merujuk kepada pelbagai tutorial yang dihasilkan di laman youtube. Setelah mendapat penerangan dan menyaksikan klip pendek di youtube, peserta dibimbing untuk menghasilkan 1 laman facebook page untuk tujuan komersial. Seterusnya, peserta dikehendaki untuk mengemaskini segala butiran yang diperlukan di laman facebook page tersebut bagi meyakinkan pelanggan bahawa perniagaan beliau adalah wujud. Dalam masa sama, peserta diajar cara untuk menulis ayat penulisan posting copywriting yang betul agar dapat mengambil perhatian pelanggan sekali gus dapat memastikan pelanggan untuk terus membeli produk jualan melalui platform sosial media.

Berikut merupakan kebaikan/kelebihan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali