Bengkel Penggunaan Aplikasi Microsoft Microsoft Word
23 March 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 March 2017, PI PPR BT GONG mengadakan Bengkel Penggunaan Aplikasi Microsoft Word. Aktiviti ini bermula pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan mengajar cara-cara untuk pendedahan tentang cara penggunaan Microsoft Word yang boleh digunakan dengan pelbagai kegunaan.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Melatih pelajar untuk memindahkan gambar dari internet ke dalam Ms Word dan menyimpan hasil kerja mereka dengan lebih sistematik.
- Memberi tunjuk ajar kepada pelajar bagaimana cara untuk memindahkan gambar dari internet ke dalam Ms Word.
- Pelajar juga diajar untuk menyunting gambar agar lebih tersusun dan menarik.
- Pelajar juga sentiasa diingatkan untuk menyimpan hasil kerja ke dalam file sendiri bagi memudahkan mereka untuk membuat sebarang kemaskini
- Memberi latihan mengenai kepelbagaian penggunaan Microsoft Word selain hanya menulis surat sahaja.
- Pelajar di perkenalkan cara penggunaan bahagian kemasukan image dan objek serta menghasilkan gambaran kerja mengikut tajuk yang di berikan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak.
Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: