Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Mildred Paloma
Cik Mildred merupakan seorang bekas pelatih Giatmara Mambong yang mengambil kursus jahitan pakaian dan fesyen.Pada asalnya,minat dan kemahiran membuat baju itu datangnya dari ibu beliau sendiri.Ibu beliau mendedahkan kepadanya tentang teknik jahitan dan membuat rangka baju sebelum proses pembuatan dijalankan.Beliau juga ada mengambil tempahan musim perayaan juga ada membuat pakaian yang tersedia untuk di jual dengan harga yang berpatutan. Melihat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan kenalan dan kaum keluarga, beliau telah menambah kuota untuk tempahan.
Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong banyak membantu beliau untuk menerapkan kemahiran ICT dalam perniagaan seperti kemahiran Microsoft office dan sebagainya. Kini, beliau mampu membuat flyers,poster yang kreatif sebagai menarik minat pelanggan untuk membuat tempahan. Cik Mildred juga sering mengikuti kelas keusahawan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong untuk meningkatkan lagi ilmu perniagaan khususnya penggunaan media sosial dalam mempromosi perniagan. Tambahan pula, inisiatif untuk mengambil tempahan melalui aplikasi whatapp dan messenger di sekitar kawasan Siburan banyak membantu beliau meningkatkan pendapatan dan sekali gus memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang ramai.
Pelaggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan jahitan daripada beliau bolehlah melayari laman Facebook Pages Bait tailoring di alamat: Bait Tailoring
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Stallone Lumba
En. Stallone atau lebih dikenali sebagai Lego merupakan seorang belia yang menceburkan diri dalam bidang pembuatan tattoo. Beliau membuka peluang perniagaan baru dengan mewujudkan paps home of tattoo berskala kecil di rumahnya di PPR Batu Gong. Pendekatan promosi di Instagram sentiasa dibuat dengan mengambil subjek testimony dan hasil tattoo yang telah siap dibuat sebagai bahan posting. PIK membantu menyediakan perkhidmatan internet yang laju dan bilik yang selesa untuk beliau mencari koleksi tattoo terkini untuk ditambah ke dalam koleksi tattoo yang dihasilkan oleh beliau.
Setelah mendapatkan koleksi yang dikehendaki, beliau kebiasaannya akan mencetak koleksi berkenaan dan dimuat naik ke dalam laman Instagram beliau. Beliau juga sering menggunakan perisian komputer di PI untuk menyunting gambar untuk kegunaan posting. Beliau mempelajari cara mempromosikan produk @ posting produk di laman Instagram dengan mengaplikasikan asas copywriting dalam posting beliau. Pelanggan yang berminat boleh melayari FB Pages beliau di alamat : kurt.lego dan laman instagram Legopapshomeoftattoo untuk melihat koleksi tattoo dan menempah slot pembuatan tattoo.
Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Velentine Suhen
En. Velentine merupakan pengusaha VNL Enterprise yang menjual pelbagai barangan pakaian, kasut, sendal, beg tangan dan pelbagai aksesori lelaki dan wanita secara dalam talian. Setelah mendapat latihan dan bimbingan daripada Pusat Internet Komuniti terutamanya melalui kursus usahawan yang dijalankan, beliau mampu menambah baik platform FB pages yang ada dengan menggunakan fungsi publishing tools yang terdapat di Facebook. Hal ini membolehkan beliau untuk merancang masa pages beliau untuk mengemaskini akaun pages secara automatik.
Pusat internet Komuniti merupakan platform bagi beliau untuk meningkatkan lagi pengetahuan dalam perniagaan sehingga beliau mampu menguruskan akaun fb pages dan Instagram secara sistematik. Beliau mengambil tempahan melalui aplikasi whatapp melalui aplikasi wasap.my dan sentiasa membuat review ringkas di whatapps status, fb pages status, Instagram stories dan akaun tik tok milik beliau. En. Velentine banyak mempelajari teknik meningkatkan jualan dengan menggunakan kaedah secara dalam talian dengan memanfaatkan sumber yang ada seperti facebook ads, publishing tools dan sebagainya.
Kesimpulannya, Pusat Internet Komuniti banyak memperkenalkan latihan ICT dan usahawan yang membantu beliau untuk bergiat aktif dalam dunia keusahawanan dengan membantu untuk memberikan khidmat nasihat kepada beliau selain menawarkan kelas untuk memasarkan produk di platform lain seperti shopee dan Sarawak produk. Pusat Internet Komuniti juga sering berkongsi hantaran beliau di laman rasmi facebook PI PPR Batu Gong bagi meningkatkan lagi capaian kepada orang ramai. Pelanggan yang berminat boleh melayari FB Pages beliau di VellaEnterprise untuk melihat koleksi jualannya.