Kisah Kejayaan
Celik IT - Muhammad Fitri bin Hartono
Mohammad Fitri merupakan seorang pelajar SMK Siburan yang baru berpindah ke PPR Batu Gong pada awal tahun 2018. Beliau merupakan anak sulung daripada 2 adik beradik. Pada tahun 2018, beliau berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan memandangkan semasa di PPR Seduan Rantau Panjang Sibu, beliau sering berkunjung ke PIK di sana. Menyedari kepentingan capaian internet yang baik untuk melengkapkan tugasan sekolah, beliau mendaftar sebagai ahli di PIK PPR Batu Gong dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PIK sehingga kini.
Pada awal tahun 2018, Fitri datang ke pusat internet untuk menggunakan capaian internet yang disediakan di PIK. Pada masa itu, beliau telah didedahkan dengan Asas ICT sebelum berpindah ke PPR Batu Gong. Namun, beliau sememangnya mahir untuk menggunakan telefon pintar. Pengetahuan dalam menggunakan telefon pintar memudahkan beliau untuk menimba kemahiran penggunaan komputer khususnya internet dan Ms. Office dari penyelia PIK yang bertugas. Setelah mengikuti beberapa siri aktiviti dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong, beliau sudah mahir menggunakan Asas Ms. Word, Ms. Power Point dan Ms. Excel dengan sempurna. Hal ini memudahkan lagi pembelajaran berkaitan penggunaan internet secara e-learning. Fitri juga sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti untuk melengkapkan tugasan sekolah dan mengikuti latihan dan aktiviti yang diadakan di PIK PPR Batu Gong.
Adik Fitri banyak belajar mengenai asas ICT (Ms. Office) dan sudah mengetahui dan menguasai kemahiran mengoperasikan Microsoft Office seperti Word, Excel dan power Point dengan sempurna. Manakala PIK banyak membimbing beliau melalui aktiviti dan kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong untuk meningkatkan kemahiran penggunaan internet sekali gus membuat ulangkaji berkaitan cara yang betul untuk mengoperasikan Microsoft Office secara keseluruhan.
Celik IT - Frida Wahyuni binti Muhammad Mike Hansen
Frida merupakan seorang pelajar sekolah Rendah Siburan Batu yang telah lama menetap di Flat PPR Batu Gong. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik. Pada tahun 2018, beliau berkunjung ke Pusat Internet dengan mengikuti kakaknya untuk menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan. Tidak lama kemudian, bapa beliau mendaftarkan anaknya itu sebagai ahli di PIK PPR Batu Gong. Sejak itu, Frida sering berkunjung ke PIK untuk memaksimumkan penggunaan perkhidmatan di PIK dalam tugasan dan pembangunan diri beliau. Pada awal tahun 2018, Frida datang ke pusat internet komuniti dengan mengikuti kakaknya untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Pada masa itu, beliau belum didedahkan dengan penggunaan komputer namum beliau sudah tahu untuk menaip carian di laman youtube.
Pengetahuan itu seterusnya digilap oleh penyelia di PIK untuk lebih mahir dalam penggunaan ICT khususnya pendedahan kepada komponen komputer. Pengetahuan Frida dalam bidang ICT bermula apabila beliau mengikuti kelas pengenalan kepada Asas komponen komputer. Dalam kelas tersebut, Frida mempelajari fungsi papan kekunci dan tetikus yang menjadi medium untuk mengoperasikan sesebuah komputer. Seterusnya, Frida mengoperasikan Asas Ms. Word dengan bimbingan penyelia melalui beberapa siri perjumpaan kelas sehingga beliau mahir dalam pengoperasian MS. Word. Secara umumnya, adik Frida banyak belajar mengenai asas ICT dan sudah mengetahui dan menguasai kemahiran mengoperasikan Microsoft Office seperti Word dengan sempurna. Manakala, Pihak PIK banyak membimbing beliau melalui aktiviti dan kelas yang dianjurkan di Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong untuk meningkatkan kemahiran mengoperasikan Microsoft Office Word secara berterusan.
Celik IT - Ivell Ivona anak John
Ivell Ivona Ak John merupakan anak ke-2 daripada 3 adik-beradik. Asal dari Kampung Tepoi,Tebedu dan sekarang menetap di PPR Batu Gong Park,Siburan. Beliau bersekolah di SK Tepoi,Tebedu dari Tahun 1 hingga Tahun 2 dan berpindah ke SK Siburan Batu untuk Tahun 3. Pada asalnya, beliau kurang mahir dalam penggunaan aplikasi komputer, namun sejak adanya PIK PPR Batu Gong, beliau mula mengenali dunia teknologi.
Sebelum wujudnya PIK di PPR Batu Gong Park, beliau tidak tahu apa itu Microsoft word,Microsoft Paint dan tidak tahu bahawa Paints boleh melukis poster dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi paint selain menggunakan pensil dan kertas lukisan juga Microsoft Word boleh membuat nota ringkas untuk membuat ulangkaji selain menulis di kertas,dengan cara ini ianya dapat menarik minat untuk ulangkaji pelajaran. Selain itu, beliau juga tidak tahu dan tidak pernah belajar menggunakan aplikasi paint dan word untuk membuat poster dan menaip.
Selepas adanya PIK di PPR Batu Gong Park, beliau berpeluang untuk mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PIK PPR Batu Gong. Hasil daripada kelas yang beliau hadiri, beliau lebih mahir menggunakan applikasi yang ada di dalam komputer dalam seusia yang muda.