Kelas Kemahiran Menaip

14 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2018, Pusat Internet PPR BT GONG mengadakan Kelas Kemahiran Menaip menggunakan aplikasi Microsoft Word. Aktiviti ini bermula pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari dan telah disertai oleh komuniti setempat. Pelajar dapat mengetahui teknik menaip yang sangat mudah digunakan dan menyeronokkan. Selain itu permainan secara online seperti "Typing Game" dibuat selepas kelas tersebut. Ia dapat melatih para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan penggunaan keyboard untuk menaip.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

Aktiviti yang turut diadakan:
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan secara online iaitu “Typing Games”.
Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali