dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
PPR Batu Gong, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Pemerkasaan ICT Siri 1, Jelajah 7

07 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia telah bekerjasama dengn Pejabat Residen Bahagian Serian untuk menganjurkan bengkel pemenrkasaan ICT siri 1, jelajah ke-7 di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Batu Gong, Siburan. Terdapat 10 kampung di sekitar siburan terlibat secara lansung dan terdiri daripada Ketua kampung serta wakil JKKK dari setiap kampung dalam lingkungan umur dari 30 – 65 tahun telah menghadiri bengkel pada kali ini. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta dengan pusat internet 1 malaysia yang terdekat dengan mereka dan memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan dan kepentingan ICT dalam pekerjaan automasi pejabat.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

  • Peserta akan didedahkan dengan asas komponen komputer serta evolusi transformasi komputer dari generasi pertama sampai ke generasi akan datang.
  • Peserta didedahkan kepada penggunaan Microsoft Word dan latihan menaip bagi menambahkan kemahiran mereka dalam menggunakan word serta element penting dalam pengolahan sesuatu berita.
  • Peserta juga didedahkan dengan kempen kesedaran Klik Dengan Bijak dan tayangan video KDB (Berita Palsu)
  • Peserta juga diberi bimbingan dan latihan pengurusan serta cara mengisi profil kampung yang diedarkan pada hari berkenaan.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

  • Pengenalan PI dan Tayangan Video KDB
  • Proses pembelajaran dan pengajaran
  • Latihan menaip berita
  • Pengarahan tentang pengisian profil kampung

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.