Bengkel Pemerkasaan ICT Siri I 2018,Jelajah 5 PI Kg Taee
10 March 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 March 2018, PI KG TAEE telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan ICT Siri I 2018,Jelajah 5 PI Kg Taee.Bertempat di PI KG TAEE. Aktiviti ini bermula 8:00 pagi 12:00 tengahari dan telah disertai oleh JKK Kampung yang diseranai oleh Pejabat Residen Serian. Program ini bertujuan untuk memberi panduan dan latihan kemahiran kepada Ahli Jkk menggunakan Asas-asas ICT sebagai medium pekerjaan bersesuaian dengan kehendak semasa agar pihak JKK tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang canggih.
Bengkel ini juga bertujuan untuk menjalankan promosi untuk memperkenalkan fungsi dan kewujudan PI di Kg Taee disamping menambah keahlian PI serta mendedahkan maksud dan dampak Klik Dengan Bijak.Selain itu, mendedahkan apa itu kepentingn keselamatan,tanggungjawab dan privasi ketika menggunakan internet
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta lebih mengenal dan mengetahui fungsi PI
- Peserta diberikan maklumat mengenai latihan ICT yang dijalankan oleh Pusat Internet
- Belia didedahkan tentang Klik Dengan Bijak
- Belia didedahkan tentang keselamatan laman sosial
- Bengkel ini amat bertepatan dengan kehendak semasa supaya setiap Ahli JKK dapat menimba kemahiran supaya keberkesanan pekerjaan serta kebersamaan mereka dirasai oleh golongan sasar terutamanya mereka di peringkat tua.Perkembangan teknologi dan inovasi dunia siber yang begitu pantas diharapkan dapat diikuti juga perkembangannya oleh Ahli JKK agar solusi yang diambil tidak terkebelakang dan mundur
- Bengkel dan latihan seperti ini diharapkan dapat dikembangkan lagi di masa-masa yang akan datang supaya kemahiran mereka yang bergiat dalam JKK lebih kreatif dan inivatif disamping mendorong kepada keberhasilan yang lebih positif dalam setiap gerak kerja yang dilakukan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
Peserta ditayangkan Video Klik Dengan Bijak (KDB).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: