Ceramah Keselamatan Internet Smk Seri Setia

26 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong mengadakan Ceramah Keselamatan Internet SMK Seri Setia bertempat di SMK Seri Setia. Aktiviti ini bermula pukul 2.15 petang sehingga 4.00 petang dan telah disertai oleh 150 para pelajar tahap 1 termasuk cikgu. Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang Klik Dengan Bijak semasa melayari internet dan Keselamatan Internet semasa menggunaka Internet.

Para peserta didedahkan dengan laman web "sebenarnya.my" untuk menyemak dan meneliti pengisian berita yang diviralkan di media sosial sebelum mereka turut berkongsi akan sesuatu pengisian berita.Selain itu,para peserta juga didedahkan mengenai “ Kesasihan Maklumat” dan "Perkongsian Melampau untuk mengenal pasti benda itu sahih sebelum di sebar kepada semua media sosial. Melalui ceramah ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada pelajar dan Guru- Guru.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak. Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali