Advokasi Dan Pemerkasaan Program E-Waste
29 May 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 May 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti advokasi dan pemerkasaan progam E-Waste. Terdapat seramai 10 orang peserta telah mengikuti program tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun. Tujuan program kesedaran ini dijalankan adalah untuk menggalakkan masyarakat khususnya golongan muda untuk mengitar semula bahan elektronik yang sudah rosak seperti telepon bimbit, tablet, earphone dan pengecas telephon.
Dalam masa sama, penyelia Pusat Internet juga mendedahkan mereka dengan kesan negatif pembuangan sisa elektronik ini jika tidak diuruskan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Internet juga mengadakan aktiviti pengumpulan sisa elektronik di Pusat Internet sendiri bagi memudahkan masyarakat untuk mengitar semula bahan elektronik tersebut. Sebagai aktiviti tambahan, penyelia menyediakan set pembelajaran dalam bahasa english untuk memperkasakan lagi kemahiran membaca peserta dalam bahasa english.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta dapat pengetahuan berkaitan pelupusan sisa elektronik dengan betul
- Memperoleh kupon bermain internet selama 5 jam sebagai ganjaran kitar semula
- Memupuk semangat kitar semula dalam kalangan golongan muda
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Pengenalan mengenai E-Sisa
- Pendedahan kepada penggunaan berkaitan kebaikan dan kesan buruk pembuangan barangan elektronik secara tidak teratur
- Proses pembelajaran dan pengajaran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: