Kursus E-Usahawan
03 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 02 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Batu Gong telah bekerjasama dengan Institusi Pendidikan Giat Mara Mambong untuk memberi Kursus e-Usahawan kepada pelajar Kos Jahitan. Kursus inidikendalikan oleh pengurus Giat Mara Mambong sendiri iaitu En. Abdul Hadi Bin Unun sebagai tenaga pengajar mahir. Terdapat seramai 20 orang peserta dalam lingkungan 18 tahun hingga 48 tahun menyertai kursus ini. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan asas perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai e-Usahawan, sejarah dan asal usul usahawan dan sebagainya.
Selain itu, pelajar juga dibantu untuk membuat dan mengatur “Facebook Pages” dan instagram khas untuk perniagaan dalam talian. Pada sesi kedua pula peserta diperkenalkan dengan penggunaan “online banking” dalam proses perniagaan dalam talian. Selain itu, penyelia dari Pusat Internet 1 Malaysia juga memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia dan fungsinya kepada peserta. Seterusnya program diteruskan dengan kempen Klik Dengan Bijak (berita palsu) untuk tujuan kesedaran kepada ibu bapa dan belia secara khususnya.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta akan didedahkan dengan asas perniagaan dalam talian, sejarah dan perkembangan industri e-Usahawan.
- Peserta mendapat pengetahuan dalam mengatur dan menyelia “facebook page” dan Instagram untuk mempromosi barangan yang dijual.
- Dapat mempelajari teknik dan tips dalam menggunakan “online banking” untuk tujuan perniagaan seperti pemindahan duit untuk membeli stok baru dan sebagainya.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Tayangan video KDB (Berita Palsu)
- Proses pembelajaran dan pengajaran
- Membuat dan mengatur pages
Peserta secara berpasangan membuat dan mengatur “Facebook Pages dan Instagram memandangkan PC di bilik latihan tidak mencukupi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: