Kelas Video Editor (FILMORA)
09 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas Video Editor menggunakan aplikasi dalam talian “Filmora”. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan asas penyuntingan video dengan betul. Antara isikandungan kelas adalah termasuk memotong bahagian video yang tidak dikehendaki, memasukan music latar, mencantum video yang sudah siap diolah, memasukkan tajuk dan membuat kredit di akhir penyuntingan video.
Terdapat empat orang peserta telah mengikuti kelas tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun. Selain itu, pihak penyelia pusat internet juga membuat tayangan video yang memberi maksud tentang penggunaan ICT secara berhemat agar tidak dieksploitasi oleh orang lain.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta didedahkan kepada asas penyuntingan video dalam talian
- Peserta juga didedahkan dengan elemen penyuntingan sesebuah video termasuklah memasukkan gambar, music latar, tajuk dan kredit pada akhir video.
- Peserta juga diberi bimbingan dan latihan semasa menyunting sesuatu video.
- Mengenali cara-cara penggunaan ICT dengan betul dan berhemah
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Pembentangan advokasi (Check Your Label) dan tayangan video cyber grooming
- Proses pembelajaran dan pengajaran
- Latihan penyuntingan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: