Aktiviti Bulan Kemerdekaan ( Membuat Menara Merdeka Menggunakan Botol Buangan)
13 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniSempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-61, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengambil 1 inisiatif untuk meraikan bulan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik. Pada hari ini, Pusat Internet telah menjalankan aktiviti membuat menara merdeka menggunakan botol yang telah dibuang. Aktiviti bermula dengan peserta mencari botol buangan untuk dijadikan bahan dalam pembuatan menara. Seterusnya peserta dikehendaki untuk berbincang dan menentukan bentuk menara yang hendak dibuat.
Botol akan diselotape dahulu sebelum dicantum menggunakan glu PVC. Setelah dicantumkan mengikut model yang dikehendaki, peserta mula mengecat botol tersebut mengikut warna yang terdapat di bendera Malaysia. Objektif yang hendak disampaikan melalui aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kempen kitar semula, memperingati tarikh kemerdekaan Malaysia dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Sebanyak 20 orang peserta telah mengikuti aktiviti tersebut.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta dapat memperingati hari merdeka dengan pelbagai aktiviti yang menarik
- Peserta belajar untuk bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan
- Melatih peserta untuk melontarkan idea dalam sesi perbincangan
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Aktiviti pengumpulan botol buangan
- Perbincangan berkumpulan
- Proses membentuk menara
- Proses mewarna menara
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: