Kelas Video Interaktif Menggunakan Powtoon.Com

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas video interaktif menggunakan aplikasi powtoon.com. Objektif utama kelas ini adalah untuk menggalakkan peserta memprakitikkan sikap untuk belajar secara e-pembelajaran iaitu menggunakan platform ICT untuk mempelajari sesuatu benda. Selain itu, penyelia di Pusat Internet juga ingin memberi kesedaran kepada peserta untuk sentiasa menjadi pengguna internet khusunya media sosial dengan bijak.

Sesuai dengan objektif, peserta didedahkan dengan tutorial dan cara penyuntingan yang digunakan di aplikasi powtoon.com terlebih dahulu. Setelah mula menguasai kaedah tersebut, peserta diminta untuk membuat satu video interaktif gabungan animasi dan perkataan yang berkaitan dengan nasihat kepada pengguna sosial media secara umum. Hasil akhir peserta akan dimuat naik ke laman YouTube untuk tontonan orang ramai.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali