BOOTH PUSAT INTERNET SEMPENA MAJLIS PERASMIAN AJKKK PPR BATU GONG PARK
22 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah membuat booth pameran Pusat Internet sempena Majlis Perasmian AJKKK PPR Batu Gong Park yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Willie anak Mongin. Beliau merupakan Ahli Parlimen P 198 Puncak Borneo. Booth pameran pada kali ini bertujuan untuk mendedahkan para penggunjung berkaitan dengan Pusat Internet dan fungsinya kepada mereka. Selain itu, Pameran ini juga dijadikan medium untuk mendaftar ahli baru Pusat Internet selain memberi kesedaran advokasi KDB kepada penduduk yang hadir. Selaras dengan itu juga, Pusat Internet PPR Batu Gong turut bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk mendaftarkan pelajar yang berminat untuk mendaftar di Portal E-kelas bagi mendapatkan tuisyen secara percuma.
Bagi mempergiatkan lagi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar, Booth ini juga menyediakan ruangan untuk kempen E-sisa untuk penggunjung menghantar sisa elektronik mereka yang berasaskan sim agar dapat dilupuskan secara sistematik. Manakala permainan seperti puzzle, drawing dan word search digunakan bagi menyampaikan kesedaran berkaitan dengan penggunaan internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Tetamu mengetahui akan kewujudan dan fungsi Pusat Internet kepada masyarakat
- Tetamu yang hadir dapat pengetahuan akan kempen e-sisa dan kesedaran KDB termasuklah keselamatan penggunaan internet dan kepentingan menyemak label di telepon masing-masing
- Tetamu dapat input baru berkaitan inisiatif e-kelas secara percuma untuk pelajar
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pendaftaran permainan KDB
- Pendaftaran kempen e-sisa
- Kesedaran KDB (Check Your Label dan etika keselamatan penggunaan internet)
- Pendaftaran e-kelas dan penerangan berkaitan e-kelas
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: