dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
PPR Batu Gong, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

BOOTH PUSAT INTERNET SEMPENA SUKANEKA BIKUAP 2018

7 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk melaksanakan Booth Pusat Internet sempena Sukaneka Bikuap 2018 di Padang Bola sepak Kg. Kuap Dayak. Objektif utama pelaksanaan Booth ini adalah untuk mempromosikan lagi Pusat Internet dan fungsinya kepada masyarakat setempat bukan sahaja masyarakat di Kg. Kuap tetapi komuniti di sekitar pekan Siburan secara amnya. Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah permainan Klik Dengan Bijak yang menerapkan nilai kesedaran KDB melalui permainan untuk menarik minan penggunjung. Selain itu, Booth pada kali ini juga menyediakan sudut untuk kempen e-sisa untuk pelanggan mengitar semula sisa elektronik berasaskan kad sim. Akhir sekali, Penyelia di booth ini juga menyediakan perkhidmatan untuk menyemak label telepon bimbit untuk mengetahui ketulenan sesebuah telepon.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

  • Mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti di pekan siburan
  • Menyampaikan penerangan berkaitan kesedaran KDB dan advokasi kepada orang awam
  • Menggalakkan pengunjung untuk mengitar semula sisa elektronik dengan menghantar peranti mudah alih ke pusat internet untuk tujuan pelupusan secara sistematik.
  • Mengeratkan hubungan sesama pekerja Pusat Internet dan komuniti setempat

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

  • Pendaftaran peserta
  • Pendedahan kepada Pusat Internet dan Fungsi kepada masyarakat setempat
  • Kempen advokasi KDB
  • Penerangan sudut ewaste
  • Permainan KDB

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.