PENGENALAN KEPADA PORTAL E-KELAS
29 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk mendaftarkan pelajar yang berminat untuk mengikuti e-kelas untuk sesi persekolahan 2019. Pada dari ini, pelajar yang berminat telah didedahkan dengan penggunaan portal. Aktiviti didahulukan dengan pengenalan kepada e-kelas yang merangkumi kebaikan dan ganjaran yang bakal diperolehi jika peserta kerap menggunakan portal serta mengukuti aktiviti yang dijalankan. Sesi pengenalan ini dilaksanakan oleh Cik Norfaieza Sedi yang merupakan Pengurus Pusat Internet Kg. Quop dan pendaftar bagi pelajar tersebut. Seramai 25 orang pelajar telah mendaftar sebagai pengguna portal yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Pendaftaran peserta
- Pengenalan kepada Portal e-kelas
- Peserta mengakses masuk ke akaun masing-masing menggunakan id dan katalaluan yang telah disediakan
- Mengemaskini profil dan berinteraksi dengan pengguna portal yang lain
- Menyertai kursus dan melihat nota ringkas dan video live yang dibuat sebelum ini
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
- Peserta mendapat pengetahuan akan penggunaan portal e-kelas
- Peserta dapat mengetahui secara terperinci langkah untuk menyertai kursus yang disediakan iaitu kursus bahasa inggeris, sains dan matematik untuk tingkatan 1,2 dan 3
- Pelajar juga mampu mengakses nota ringkas yang disediakan untuk persediaan peperiksaan
- Menonton aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang lepas
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: