KEM ICT PASCA UPSR SK ST JAMES QUOP
17 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 15 & 16 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong dan Pusat Internet Kg Quop telah mengadakan Kem ICT Pasca UPSR di SK ST James Quop selama dua hari.Aktiviti ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan telah disertai oleh 35 para pelajar tahun 6 yang besekolah di SK ST James Quop.Objektif pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai asas-asas ICT dan pengenalan komputer yang “basicly” para pelajar harus mengetahuinya untuk melangkah ke alam sekolah menengah.
Disamping itu,para pelajar juga diberikan latihan mengenai “basic microsoft” yang dapat digunakan untuk membuat kerja kursus dan juga para peserta diberikan tugasan & latihan untuk membuat pembentangan hasil kerja yang di pelajari dari pihak pengurus pusat internet yang bertajuk “Sekolahku Gemilang”. Seterusnya para pelajar juga didedahkan mengenai etika dan keselamatan penggunaan semasa menggunakan Internet.Pengurus Internet juga menyampaikan penerangan berkaitan kesedaran KDB dan Advokasi. Melalui program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada pelajar dan Guru-guru.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Mendedahkan apa itu kepentingan keselamatan,tanggungjawab dan privasi ketika menggunakan internet.
- Para peserta diberikan pendedahan asas-asas ICT,pengenalan computer dan Microsoft
- Para peserta juga diberikan pendedahan maksud dan dampak Klik Dengan Bijak
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak.
- Penerangan dan pembentangan mengenai asas-asas ICT
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: