KELAS PENGENALAN KEPADA REKAAN LOGO DAN LABEL PRODUK
5 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk mengadakan kelas pengenalan kepada rekaan logo dan label produk. Kelas ini dilaksanakan oleh Sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Dr. Hanani, Pensyarah dari Fakulti Sains komputer dan teknologi Maklumat Universtit Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 14 orang peserta telah berjaya mengikuti kelas pada kali ini.
Untuk pengetahuan, peserta adalah terdiri daripada usahawan Pusat Internet. Kelas ini merupakan inisiatif UNIMAS dengan kerjasama SMA melalui program pembelajaran berasaskan perkhidmatan (SL) untuk membantu komuniti setempat yang hendak mengembangkan produk mereka untuk dipasarkan di pasaran yang lebih besar.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
- Pendaftaran peserta
- Pengenalan kepada teori penghasilan logo dan label
- Peserta mempelajari secara praktikal asas untuk mereka logo dan label dengan bantuan beberapa orang pelajar dari UNIMAS
- Menyimpan hasil kerja dengan penyesuaian saiz logo untuk dicetak menggunakan kertas perlekat yang sedia untuk dilekatkan bersama produk sendiri
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: