PROGRAM PASCA UPSR DI SK JALAN MUARA TUANG
9 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Program Pasca UPSR di SK Jalan Muara Tuang.Aktiviti ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan telah disertai oleh 229 para pelajar tahun 6 yang besekolah di SK Jalan Muara Tuang.Objektif pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memberikan pendedahan mengenai asas-asas ICT dan pengenalan komputer yang “basicly” para pelajar harus mengetahuinya untuk melangkah ke alam sekolah menengah. Seterusnya para pelajar juga didedahkan mengenai etika dan keselamatan penggunaan semasa menggunakan Internet.Pengurus Internet juga menyampaikan penerangan berkaitan kesedaran KDB dan Advokasi. Melalui program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada pelajar dan Guru-guru.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Mendedahkan apa itu kepentingan keselamatan,tanggungjawab dan privasi ketika menggunakan internet.
- Para peserta diberikan pendedahan asas-asas ICT,pengenalan computer dan Microsoft
- Para peserta juga diberikan pendedahan maksud dan dampak Klik Dengan Bijak
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak.
- Penerangan dan pembentangan mengenai asas-asas ICT
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: