Gmail For Professional Purposes

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 February 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas Gmail dan Google Drive bagi tujuan profesional. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan para belia berkaitan fungsi email sebagai medium penghubung selain daripada telefon dan media sosial. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan fungsi google drive sebagai tempat penyimpanan sesuatu dokumen secara dalam talian selain menggunakan pendrive dan kad memori.

Sebagai aktiviti tambahan, peserta diberi slot untuk mengulangkaji asas matapelajaran Matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi manakala di hujung kelas, peserta diuji dengan ujian menaip dengan pantas. Ujian ini memerlukan peserta menaip dua perenggan ayat yang berkaitan dengan asas penubuhan Pusat Internet. Peserta yang berjaya menyiapkan tugasan dengan pantas dan tidak mempunyai kesalahan diberikan hadiah berupa goodies dari MCMC.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
• Pendaftaran peserta
• Pendedahan kepada gmail dan google drive
• Membuka akaun gmail kepada peserta yang melepasi had umur
• Latihan praktikal membuka, menghantar dan mengemukakan email kepada orang lain
• Latihan praktikal memuat naik dokumen ke dalam google drive
• Ulangkaji asas matapelajaran Matematik
• Ujian menaip dengan pantas
• Bersurai

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali