Kelas Video Animasi

25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 February 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas video animasi menggunakan Ms. Power Point. Objektif kelas adalah untuk mendedahkan peserta dengan pembuatan animasi yang berupa video menggunakan Ms. Power Point. Seramai sebelas (11) orang peserta yang terdiri daripada belia sekitar PPR Batu Gong telah berjaya mengikuti kelas pada kali ini.

Latihan pada kali ini memfokuskan beberapa komponen di Ms. Power Point sepeti memasukkan gambar latar dan objek ke dalam slaid, membuang gambar latar sesuatu objek yang digunakan, memasukkan bentuk yang diperlukan dalam merealisasikan animasi, memasukkan fungsi pergerakan dari kiri ke kanan atau sebaliknya menggunakan butang animasi yang terdapat dalam Ms. Power Point dan memilih bunyi yang bersesuaian untuk sesuatu pergerakan supaya video animasi yang dihasilkan menjadi lebih menarik.

Berikut merupakan kebaikan / kelebihan aktiviti:

• Peserta dapat pengetahuan berkaitan asas Ms. Power Point
• Peserta mengetahui cara menghasilkan video animasi menggunakan Ms. Power Point
• Peserta dapat merasakan pengalaman sendiri melalui latihan praktikal menghasilkan video animasi
• Peserta mendapat kemahiran menghilangkan gambar latar untuk sesuatu objek
• Peserta dapat mempelajari cara memasukkan gambar ke dalam power point sekali gus membiasakan peserta dengan Ms. Power Point

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali