Kelas Individu-Ms. Publisher (Menghasilkan Banner)
8 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 07 May 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas ICT secara individu atas permintaan peserta sendiri. Kelas telah diadakan selama dua jam itu merungkai sedikit sebanyak asas penggunaan Ms. Publisher dalam penghasilan banner. Di awal kelas, peserta diberikan sedikit pengenalan berkaitan dengan kelas yang akan dijalankan. Seterusnya, peserta dibawa membuat banner secara ‘hands on’ untuk dengan harapan beliau mampu memproses langkah-langkah yang telah diajar untuk memahirkan beliau menggunakan Ms. Office.
Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas adalah;
- Mempelajari asas pembuatan banner menggunakan Ms. Publisher
- Mencari latarbelakang gambar yang sesuai menggunakan sumber terbuka yang terdapat dalam internet
- Memuat turun gambar yang dikehendaki dan seterusnya dimasukkan ke dalam Ms. Publisher sebagai tapak asas.
- Menggunakan Ms. Publisher untuk memasukkan ayat perincian program dan tajuk banner
- Memasukkan logo rasmi penganjur serta penganjur bersama dalam banner
- Menyimpan banner dalam bentuk gambar supaya senang dicetak kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: