Bengkel Pemasaran Menggunakan Media Sosial dan Pembuatan Logo Perniagaan

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk melaksanakan kursus Bengkel Pemasaran Menggunakan Media Sosial dan Pembuatan Logo Perniagaan untuk pelatih siri 2.2019 Giatmara Mambong untuk kali ke-3. Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan peserta dengan asas perniagaan secara dalam talian yang memfokuskan kepada penggunaan media sosial sebagai platform pemasaran serta pembuatan logo perniagaan. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelatih Jurusan Fashion & Design Sesi 2.2019 telah menghadiri bengkel pada kali ini.

Pada kali ini, peserta dikongsi dengan cara menggunakan media sosial untuk digunakan sebagai platform pemasaran dalam perniagaan untuk memasarkan dengan lebih luas lagi produk tersebut.Para peserta di praktikan cara penggunaan media sosial iaitu menggunakan instagram dan facebook dalam pemasaran produk.Media sosial tersebut adalah platform yang paling senang digunakan dan difahami untuk para penjual.Dalam masa sama, peserta dibawa untuk menghasilkan logo atau label produk sendiri yang unik dan menarik.

Para peserta didedahkan cara yang paling cepat dan ringkas untuk mencipta logo atau label produk sendiri Cuma hanya menggunakan Microsoft Power Point. Untuk sesi perkongsian pula, peserta didedahkan dengan kaedah asas search engine optimization (SEO).Para peserta juga didedahkan cara untuk menilai permintaan ramai produk zaman sekarang.Peserta juga dideahkan cara yang paling senang untuk menggunakan Search Engine Optimization (SEO) dengan cara yang betul.Peserta diberikan masa untuk mencuba menggunakan SEO tersebut untuk lebih memahami kegunaanya.. Tidak lupa juga, peserta yang hadir telah didedahkan dengan taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada E-Sisa atau juga di panggil Mobile E-Waste serta Check Youl Label (CYL.).

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali