Pengenalan Perniagaan (Dunia digital) & Mengenali Konsep Call to Action

12 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk melaksanakan kursus perniagaan (Dunia digital) & Mengenali Konsep Call to Action untuk pelatih siri 2.2019 Giatmara Mambong. Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan peserta dengan asas perniagaan secara dalam talian. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelatih Jurusan Fashion & Design Sesi 2.2019 telah menghadiri bengkel pada kali ini.

Pada kali ini, modul ICT yang dikongsi dengan peserta adalah berkisar kepada fungsi dan penggunaan google mail dan e-drive sebagai asas pembelajaran. Dalam masa sama, peserta dibawa untuk mempraktikan penggunaan platform e-surat untuk memudahkan urusan komunikasi mereka dengan agensi kerajaan, swasta, NGO dan sebagainya. Seterusnya, peserta dikongsikan dengan kaedah meningkatkan jualan menggunakan Whatapp dan Instagram.

Diselitkan juga tips Call To Action sebagai nilai tambah yang memfokuskan kepada ayat copywriting yang berkesan untuk menarik minat pelanggan. Untuk acara kemuncak, peserta didedahkan dengan teknik pemasaran efektif menerusi email. Tidak lupa juga, peserta yang hadir telah didedahkan dengan taklimat KDB & Advokasi yang meberi fokus kepada etika, hak dan tanggungjawab warga digital yang merangkumi akta perundangan yang berkaitan dengan kesalahan/jenayah digital, kementerian dan agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat serta menangani kesalahan atau jenayah digital, langkah-langkah yang betul untuk melaporkan kesalahan/jenayah digital dan teknik penipuan secara digital.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali