Ceramah Etika Keselamatan Penggunaan Internet Serta KDB & Advokasi
19 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 January 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong beserta Pusat Internet PPR Malihah dan Pusat Internet PPR Taman Dahlia mengadakan Ceramah Keselamatan Penggunaan Internet serta KDB & Advokasi bertempat di Technology College Sarawak (TCS). Aktiviti ini telah disertai oleh para belia termasuk tenaga pengajar. Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para belia tentang Klik Dengan Bijak semasa melayari internet dan Keselamatan Internet semasa menggunakan Internet.
Para peserta didedahkan dengan cara untuk menyemak dan meneliti pengisian berita yang diviralkan di media sosial sebelum mereka turut berkongsi akan sesuatu pengisian berita.Selain itu,para pelajar juga didedahkan mengenai “ Kesasihan Maklumat” dan "Perkongsian Melampau untuk mengenal pasti benda itu sahih sebelum di sebar kepada semua media sosial.Para pelajar juga didedahkan mengenai “Bahaya Wechat”, “Siber Buli” serta “Check Your Laber (CYL)”. Melalui ceramah ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada pelajar dan Guru- Guru.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Mendedahkan maksud dan dampak Klik Dengan Bijak
- Mendedahkan apa itu kepentingan keselamatan,tanggungjawab dan privasi ketika menggunakan internet.
- Mendedahkan kepada belia dan tenaga pengajar mengenai cara mengenal pasti untuk menyemak dan meneliti pengisian berita yang sahih.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
Mendedahkan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak melalui tayangan video Klik dengan Bijak dan Permainan Klik dengan Bijak. Para belia juga diberikan soalan semasa ceramah untuk memeriahkan lagi program yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: