Kursus E-Usahawan Level 1 Bersama Pelatih Giatmara Mambong Siri 1.2019

15 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 & 14 March 2019, Pusat Internet telah bekerjasama dengan Institusi Giat Mara Mambong untuk memberi Kursus Usahawan di atas talian kepada Pelajar Kos Teknologi Automotif dan Pelajar Fashion and Dressmaking. Kursus ini dikendalikan oleh pihak Pusat Internet PPR Bt Gong dan Pusat Internet Kg Quop. Terdapat seramai 40 orang peserta dalam lingkungan 18 tahun hingga 48 tahun menyertai kursus ini. Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan asas perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebagai Keusahawanan, sejarah dan asal usul usahawan dan sebagainya.

Selain itu, pelajar juga dibantu untuk membuat dan mengatur “Facebook for Busines”, “Instagrams for Business” , “Whatssaps for Business”, “Copywritting” dan “Basic Graphic Design” khas untuk perniagaan dalam talian. Pada sesi ini pula peserta diperkenalkan dengan penggunaan “online banking” dalam proses perniagaan dalam talian. Selain itu, penyelia dari Pusat Internet juga memperkenalkan Pusat Internet dan fungsinya kepada peserta. Seterusnya program diteruskan dengan merekacipta website perniagaan sendiri untuk produk.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Peserta secara berpasangan membuat dan mengatur “Facebook Pages,Whatssap dan Instagram memandangkan PC di bilik latihan tidak mencukupi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali