Kelas E-Learning (Membuat Kad Perseorangan)
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan Kelas E-Learning bersama pelajar – pelajar SMK Siburan. Kelas ini telah dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Kelas ini diadakan selama 2 jam iaitu pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan pembelajaran yang dilakukan di media elektronik (internet) untuk mempelajari asas pembuatan kad perseorangan menggunakan Ms. Word. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan fungsi penggunaan setiap butang di ribbon Ms. Word khusunya di butang home dan insert untuk merangka bentuk kad yang dikehendaki. Seterusnya, peserta diajar untuk memasukkan gambar ke dalam kad menggunakan carian gambar secara terus ke google menggunakan butang (online picture).
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Pendaftaran peserta
- Pendedahan kepada pembelajaran secara elektronik
- Pengenalan kepada Ms. Word
- Latihan praktikal (merangka kad perseorangan)
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: