Taklimat Pengenalan PI Dan Keselamatan Penggunaan Internet Sempena Minggu Mesra Pelajar Sesi 1.2019 Giatmara Mambong

9 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Januari 2019, Pihak Pusat Internet telah mengadakan taklimat Pengenalan kepada PI dan fungsinya serta keselamatan penggunaan internet sempena minggu mesra pelatih baru Giatmara sesi 1.2019. Taklimat yang dijadualkan pada pukul 2:00 petang hinggan 5:00 petang itu menyentuh fungsi dan pekhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet selaras dengan kehendak kerajaan untuk merapatkan juran digital antara penduduk luar bandar dengan bandar. Taklimat diteruskan dengan menyentuh etika dan keselamatan penggunaan internet dengan memberi fokus kepada tetapan kata laluan yang digunakan di akaun media sosial mahupun google akaun.

Sebagai aktiviti selingan, peserta yang merupakan pelajar baru di Giatmara mambong diminta untuk membuat 1 kata laluan yang terdiri daripada beberapa frasa, huruf besar, nombor dan simbol bagi menguatkan sesuatu kata laluan. Seterusnya, peserta terpilih perlu membawa kata laluannya untuk dimasukkan ke laman web https://howsecureismypassword.net untuk melihat jangka masa untuk seseorang penggodam untuk mengetahui kata laluan seseorang. Pada slot akhir, peserta didedahkan dengan KDB (berita palsu) dan tayangan video berkaitan berita palsu juga dibuat untuk memastikan peserta memahami intipati yang hendak disampaikan.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali