Kursus Pemerkasaan ICT (Pengenalan Ms Word)
11 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong telah bekerjasama dengan Pusat Internet Kg. Quop untuk melaksanakan kursus pemerkasaan ICT untuk pelatih siri 2.2019 Giatmara Mambong. Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan peserta dengan peranan dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti selain melengkapkan peserta dengan kemahiran ICT yang diperlukan untuk pekerjaan pada masa kini. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelatih Jurusan Fashion & Design Sesi 2.2019 telah menghadiri kursus pada kali ini.
Pada hari ini, mereka akan didedahkan asas ICT iaitu memfokuskan kepada Microsoft Word. Selari dengan itu, mereka juga akan diajar untuk menghasilkan surat rasmi dan penulisan laporan aktiviti untuk berkomunikasi secara professional dengan mana-mana agensi kerajaan, swasta, NGO dan komuniti setempat. Tidak lupa juga peserta turut didedahkan dengan taklimat klik dengan bijak yang memfokuskan keselamatan dalam media sosial yang merangkumi katalaluan yang kukuh, buli siber dan menjejaki telefon melalui penggunaan aplikasi gmail.
Berikut merupakan kebaikan mengikuti program:
- Peserta mengetahui peranan Pusat Internet PPR Batu Gong untuk komuniti
- Mengetahui akan kepentingan dan kemahiran menguasai ICT
- Latihan praktikal menulis surat rasmi dan laporan aktiviti
- Mengetahui tips untuk sentiasa berwaspada dan selamat semasa dalam talian
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: