Taklimat Advokasi Dan Klik Dengan Bijak

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Januari 2019, Pihak Pusat Internet telah mengadakan taklimat advokasi dan Klik dengan Bijak bersama belia dari PPR Batu Gong, siburan. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan risiko dalam talian yang perlu diuruskan dengan bijak supaya dapat menghindari diri daripada menjadi mangsa penipuan, buli, jenayah dan sebagainya.

Pengurusan risiko ini merangkumi 5 elemen utama seperti penipuan kewangan, keselamatan komputer, terlebih kongsi maklumat, maklumat palsu dan keganasan siber. Selain itu, mereka juga dededahkan dengan tayangan video Klik dengan Bijak untuk pemahaman yang lebih. Di akhir sesi taklimat, kuiz KDB dijalankan untuk memastikan mereka memahami apa yang hendak disampaikan oleh penyelia. Seramai 11 orang belia telah mengikuti taklimat ini dengan jayanya. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada peserta serta ahli keluarga.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali