Taklimat Advokasi Kdb Anjuran Kolej Sakura, UNIMAS
1 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 November 2019, Pusat Internet PPR Batu gong beserta Pusat Internet Kg Quop telah bekerjasama melaksanakan taklimat advokasi Klik dengan Bijak sempena Program It’s Not A Joke! Anjuran Kolej Sakura, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Taklimat ini telah disertai seramai 150 orang penghuni Kolej Sakura yang berumur 20 - 30 tahun dan sedang menuntut ilmu di UNIMAS. Tujuan utama program adalah mendedahkan peserta dengan jenayah siber yang merangkumi isu dan risikonya. Selari dengan nama program, pihak kami telah berkongsi dengan peserta perihal berkaitan buli siber iaitu body shaming.
Body shaming merupakan tindakan seseorang melalui pertuturan mahupun penulisan secara terang memberi komen ata kritikan secara fizik terhadap bentuk badan seseorang itu sendiri ataupun orang lain. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan ciri-ciri body shaming serta punca mengapa perkara ini berlaku dan kesan perbuatan tersebut ke atas mangsa mahupun pelaku. Pada akhir sesi, peserta juga dikongsikan dengan cara mengatasi masalah body shaming tersebut termasuklah mengenakan tindakan undang-undang kepada pelaku.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: