Kelas Bimbingan Sekolah Rendah & Tadika

18 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 February 2019, Penyelia Pusat Internet PPR Batu Gong telah menjalankan Kelas Bimbingan Sekolah Rendah dan Tadika atas permintaan pelajar. Kelas ini merupakan inisiatif Penyelia Pusat Internet dalam usaha membantu pelajar yang memerlukan pemahaman yang lebih berkaitan subjek yang diambil. Terdapat dua orang peserta telah mengikuti aktiviti ini iaitu pelajar dari Sekolah Rendah dan Tadika.

Latihan pada kali ini memfokuskan kepada mengenal nombor dari 1 sampai 100, menentukan kedudukan nombor dan nilai digit sesuatu nombor untuk Sekolah Rendah manakala untuk Sekolah Tadika pula, latihan yang dijalankan adalah memfokuskan kepada mengenal huruf dan cara penulisan huruf dengan betul melalui latihan menyambung sebilangan titik untuk menghasilkan huruf.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali