Kelas ICT – Membuat Jadual Persekolahan Menggunakan Ms. Excel

17 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 February 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi melaksanakan Kelas ICT yang memfokuskan kepada penggunaan Ms. Excel dalam menghasilkan Jadual Persekolahan bagi sesi 2019. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara berterusan kepada belia sekitar pekan Siburan mengenai ICT. Pada kali ini, terdapat empat orang peserta telah mengikuti kelas dengan jayanya.

Di akhir kelas, peserta dapat menghasilkan sebuah jadual waktu persekolahan masing-masing dengan jayanya. Selain itu, peserta juga dapat mengenalpasti fungsi dan button yang digunakan untuk mengubah jenis dan saiz tulisan, mewarnakan tulisan dan kotak pada setiap subjek, dan mengabungkan kotak menjadi lebih besar. Untuk ulangkaji, mereka diminta untuk memasukkan gambar animasi seperti pemadam, pensil dan buku ke dalam kotak di setiap subjek bagi mengukur tahap kemahiran dan pemahaman peserta untuk kelas yang lepas.

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali